Eermmm....macam sedap jer pavlova ni... tapi nk buat, oven xd lagi..huhu...
xpe2..boleh juga buat ni...huhuh..
Resipi pavlova ni copy paste jer.. harap2 menjadi la kalau buat..hehe...
Untuk resipi ni, gunakan 4 biji putih telur, satu cawan gula castor, 1/2 sudu kecil esen vanilla, 1/2 sudu teh cuka makan dan 1/2 sudu besar tepung jagung.
Cara membuatnya:
1. Panaskan oven dengan suhu 140 darjah.
2. Pukul putih telur dengan menggunakan low speed sehingga menjadi soft peak.
3. Masukkan gula sesudu demi sesudu dan pukul dengan high speed hingga menjadi thick and glossy.
4. Masukkan esen vanilla dan pukul sebati.
5. Masukkan cuka dan tepung jagung. Gaul sebati menggunakan senduk kayu.
6. Tuangkan ke atas parchment paper dan bentukkan pavlova.
7. Turunkan suhu ke 130 darjah dan bakar pavlova selama sejam (bergantung kepada oven masing-masing)
Apabila siap, bahagian luar pavlova akan sedikit gelap dan rapuh apabila disentuh.
Hiaskan bahagian atas dengan non dairy whipping cream yang telah diputar kaku bersama buah-buahan.
eh senang je ek nk buat pavlova ni? semua bahan ada, kena try ni! :)
BalasPadamtula....senang jer nak buat sebenrnya...cuma mungkin cara agak rumit sikit..hehe.. try ler..
BalasPadam