Memaparkan catatan dengan label kaunseling. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kaunseling. Papar semua catatan

Rabu, 4 September 2013

Kisah 20 sen je...


Masuk2 opis, termenung skjap..muhasabah diri sbentar. Sayu mengenangkan kejadian sebentar tadi..Bersyukur atas nikmatMu. Alhamdulillah..Kalau kita terasa susah, ada lagi yang lagi susah. Dan mereka tak pernah merungut, kerana mereka tahu, rungutan mereka tidak akan kemana..Allahhurabbi..

Tiap pg,sblum sampai opis, akn sy berhenti beli nasi lemak di simpang tak jauh dari rumah sewa. Pelanggan tetap pcik tu kononnye (^_^) dan sy pasti akan muncul di sekitar jam 6:30pg. Dan setiap kali berhenti membeli, setiap kali itulah juga anak kecik bernama Ashraf berusia 9 tahun akn membeli nasi lemak di gerai yg sama dgn lengkap berpakaian sekolah. Setiap kali kami membeli diwaktu yg sama, akn sy byrkan nasi lemak yg adik ini mahukan. Pd sy,apalah sgt harga Rm1.50 untuk dikongsi bersama adik comel ni.. Dan dlm kesayuan suaranye, dia tak putus2 ucapkan terima kasih.Mungkin inilah peluang yang Allah berikan utk sy bersedekah. Pernah sy bertanya pdnya, berskolah dimana, awalnye keluar berjalan kaki ke sekolah dimana tinggal dan sbagainye. Katanye, dia bersekolah agak jauh, 25-30 minit berjalan kaki, sbb tu kena keluar awal. (terkenang anak2 sedara dirumah yg sebaya dgn Ashraf, semuanye serba tersedia, walaupun tidaklah semewah mana,tp lbh beruntung dari adik ini..Kesian adik ini..)
Setelah hmpir 3 minggu berulang alik dari umah Ayah Bonda di Kajang (masih dlm mood raya kononnye), maka 3 minggu jugalah sy tak membeli nasi lemak pcik dan tak berjumpa dgn Asyraf. Hinggalah pagi ni, sy memulakankan kembali rutin membeli nsi lemak pcik. Tapi, sy pelik kenapa Asyraf terus berjalan tanpa berhenti di kedai pakcik mcm selalu..sy belikan sebungkus dan sy berhentikan kereta sy disebelah Ashraf.

Jiha: Ashraf~~!! akak tggu ashraf td. knape x beli nasi lemak? dah boring nsi lemak pcik? (cuba bergurau). Nah akak belikan satu.
Ashraf: eh, kak jiha..lama x nmpak.trima ksh byk2 kak. Ashraf igt k.jiha dah pindah. bukan dh boring.Tapi..(muka sayu)
Jiha:ehh..nape mcm sedih je tiba2 ni..jom akak hntr p skolah nk?? (setelah 2-3 kali sy bertnya, barulah adik ini bersuara)
Ashraf: Ashraf tak ada duit nk beli. Sbelum ni mak bagi RM1.50 sehari utk sekolah pagi dan petang,blhla Ashraf beli.Tp, minggu lps mak terpaksa potong duit belanja sebab ayah sakit. Mlm td mak potong lagi sebab mak kata minyak naik, mak perlukan duit lebih untuk tambang ke tempat kerja. Ashraf ada RM0.80 je kak jiha.Takpe la, Ashraf beli karipap je disekolah nnt. Ashraf tak boleh tumpang kak jiha..mak pesan jgn tumpang org.Jangan susahkan org. Nnt mak marah. (sayu dn jujur ank kck ni bercerita. ku tahan air mata dr meleleh mendgr ceritanye )

Puasku pujuk utk hntr ksekolah, akhirnye dia beralah..Ye, mmg jauh sekolahnye. PJS7 ke Kampung Lindungan..Gigihnye die berjalan kaki kerana ilmu. Tanpa menghiraukan bahaya diculik dan bahaya dilanggar kereta sewaktu melintas jalan besar. Gigih juga anak ni bersekolah dari seawal 6:30 pagi hingga 6 petang setiap hari hanya dengan berbekalkan sebungkus nasi lemak..Ya Allah.. (T_T) Dan isu minyak, bkn kita shj yang terkena kesan dari kenaikan harga yg HANYA 20sen tu, tp juga ank2 kecik yg tak tahu apa2 ni..kerana mereka bkn dari keluarga yg senang (org senang merasakan 20 sen tu hanyalah dicelah gigi shj). Tapi bagi org2 yang tak berkemampuan, kerana 20sen, mereka tak mampu lagi utk membeli brg2 asas dan mknan seperti biasa. Dari nasi lemak terpaksa bertukar kepada sekeping karipap satu hari...
Inilah nilai duit 20 sen yg menteri kita kata itu pun nk bising. ..20 sen jer pun...

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Selasa, 3 September 2013

Latihan Dalam Kumpulan





LATIHAN DALAM KUMPULAN  (LDK)

1.       Rantai Nama
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 – 10 orang setiap kumpulan)
ii.                    Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-masing.
iii.                  Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi.
iv.                  Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan.
v.                    Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan.

2.       Tag Nama
Aktiviti :
1.       Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan gunting.
2.       Setiap kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan yang dibekalkan.
3.       Tag nama tersebut akan digunakan sepanjang program.

3.       Ikatan Kasih
Aktiviti :
1.       Pelajar diagihkan setengah meter tali rafia.
2.       Fasilitator akan menyimpulkan tali rafia tersebut dan setiap pelajar dalam kumpulan masing-masing akan memegang setiap bucu tali.
3.       Ahli kumpulan akan berusaha membuka simpulan tanpa melepaskan tali tersebut. Jika ada yang terlepas, kumpulan tersebut dianggap gagal.
4.       Akhirnya, setiap ahli kumpulan akan berjumpa dengan pasangan masing-masing.

4.       Twin Sharing
Aktiviti :
i.                     Pelajar diarah mencari pasangan masing-masing dalam kumpulan
ii.                    Setiap pasangan akan menceritakan tentang diri kepada pasangan masing-masing (penerokaan kendiri)
iii.                  Setelah itu, ahli kumpulan akan membentang atau menceritakan tentang diri pasangan masing-masing dalam kumpulan kecil sambil berdiri di belakang pasangan masing-masing sambil memegang bahu pasangan (jika sama jantina)
Nilai / rasional aktiviti : Berkenalan lebih mendalam di dalam kumpulan serta mewujudkan rasa penerimaan.

5.       Puzzle
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan menyiapkan puzzle yang akan diedarkan
ii.                    Berikan tempoh masa yang sesuai untuk mereka siapkan puzzle tersebut (5 – 10 minit)
iii.                  Jika belum selesai, sila panggil wakil setiap pelajar ke hadapan untuk melihat demonstrasi menyiapkan puzzle tersebut yang akan ditunjukkan oleh fasilitator.
iv.                  Markah akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle.
v.                    Setelah ada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle, beri arahan supaya pelajar mencipta bentuk yang menarik melalui puzzle itu tadi.
Nilai / rasional aktiviti : Membina percambahan minda dan semangat kerjasama.

6.       Air Dalam Gelas
Aktiviti :
i.         Sediakan gelas, tali, kertas A4, tiub motosikal yang telah dipotong dan kayu penyapu.
ii.        Pelajar akan diarahkan untuk membawa gelas yang berisi air tersebut tanpa menyentuh gelas tersebut menggunakan tangan/ jari.
iii.      Fasilitator akan memastikan tiada pelajar yang menipu dalam menjalankan aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti, percambahan minda dan semangat kerjasama.

7.       Simbol / Logo Diri
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat disekeliling mereka contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain.
ii.                    Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut sebagai simbol atau logo diri mereka.
iii.                  Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan mewakili kumpulan masing-masing.
iv.                  Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo bagi mewakili kumpulan besar.
Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta

8.       Bendera / Logo Kumpulan
Aktiviti :
i.                     Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker pen berwarna.
ii.                    Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna.
iii.                  Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit)
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan.

9.       Si Buta Cerdik
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam
ii.                    Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina.
iii.                  Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan berpegangan antara 1 sama lain.
iv.                  Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk menganggu pergerakan mereka.
Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri.

10.    Permainan Duit
Aktiviti :
i.                     Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang.
ii.                    Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan
iii.                  Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan
iv.                  Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2.
v.                    Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan saling memerlukan.


11.    Straw
Aktiviti :
i.                     Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 paket straw)
ii.                    Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja.
iii.                  Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan setiap kumpulan.
        Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar.

12.    Ciptaan
Aktiviti :
i.                     Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan.
ii.                    Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang menggambarkan masa depan seorang hero.
iii.                  Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan pakaian tersebut
Nilai / rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan

13.    Surat adik angkat / abang angkat / kakak angkat
Aktiviti :
i.                     Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar
ii.                    Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian.
Bahagian 1 : Ditulis nama penuh
Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat
iii.                  Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan.
iv.                  Nama yang diperolehi adalah adik angkat masing-masing.
v.                    Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat kepada adik angkat dan dikembalikan semula ke dalam kotak untuk dibaca atau diserahkan kepada adik angkat masing-masing.
Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup menerima kritikan bagi merubah diri kea rah yang lebih baik.

14.    Larian Lasak
Aktiviti :
i.                     Aktiviti luar yang berbentuk kembara di setiap station yang mempunyai halangan atau tugasan tertentu.
ii.                    Sediakan 4 – 6 station yang perlu pelajar lalui dan perlu menyelesaikan tugasan di setiap station sebelum pelajar bergerak ke station yang seterusnya.
Nilai / rasional aktiviti : Ketahanan diri & fizikal.

15.    Persembahan Kumpulan
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan membuat persembahan mengikut kumpulan di malam terakhir / masa terakhir program dijalankan.
ii.                    Fasilitator boleh memberi tajuk / tugasan persembahan atau pelajar memilih sendiri tajuk persembahan.
iii.                  Fasilitator juga perlu menyediakan borang pemarkahan yang mencakupi kreativiti persembahan, mesej yang ingin disampaikan serta kerjasama yang ditunjukkan.
Nilai / rasional aktiviti : Pengalaman dan mencungkil bakat setiap peserta.

16.    Self-Conscious (Aku Pelajar Hebat)
Aktiviti :
1.       Sediakan muzik latar yang sesuai. Cth. muzik kitaro
2.       Pelajar akan diberi teks berbentuk sajak ringkas “Aku Pelajar Hebat”
3.       Pelajar akan membaca teks tersebut dengan penuh semangat dan fasilitator perlu memainkan peranan untuk menaikkan semangat pelajar.
4.       Selepas itu, bagi peluang pelajar untuk meluahkan perasaan secara spontan.

Nilai / rasional aktiviti : Konsep kendiri dan motivasi diri.

17.    Rumusan Akhir Pemimpin
Aktiviti :
1.       Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti dengan menggunakan paparan slide / powerpoint tentang kepimpinan. 



Nota :
1.       Fasilitator perlu membuat refleksi setiap kali selesai menjalankan aktiviti LDK.
2.       Dapatkan refleksi / respon daripada pelajar terlebih dahulu sebelum fasilitator membuat refleksi akhir.
Fasilitator boleh menggunakan token seperti gula-gula kepada pelajar sebagai penghargaan / peneguhan. 

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Latihan Dalam Kumpulan (LDK) - ENERGIZER

Disini KIKA nak share contoh Modul LDK yang ada dan biasa gunakan dalam program dan aktiviti..
Harap ianya dapat membantu =)
p/s: Jangan lupa komen dan follow blog yer..
TERIMA KASIH 
-------------------------------------------------------------------------------------------------
ENERGIZER

1.       Aktiviti Roslan Kata
Aktiviti :
i.                     Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk melakukan sesuatu pergerakan jika fasilitator menyebut “Roslan Kata…”. Contohnya, Roslan kata pegang hidung, (pelajar akan pegang hidung).
ii.                    Jika arahan fasilitator tiada menyebut “Roslan Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut.
iii.                  Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar menyentuh mana-mana anggota badan masing-masing sehinggalah terdapat pemenang.
Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan

2.       Grenet
Aktiviti :
1.       Perkataan “grenet” akan disebut oleh fasilitator yang membawa maksud pelajar akan meniarap di lantai.
2.       Aktiviti peneguhan ini adalah aktiviti pelajar meniarap, tangan diletakkan di atas kepala dan pipi diletakkan di lantai.
3.       Pelajar akan melakukan aktiviti di atas setiap kali jika ada pelajar yang ingkar arahan contohnya pelajar tidak menepati masa, membuat bising dll.
Nilai / rasional aktiviti : Peneguhan untuk modifikasi tingkahlaku.

3.       Kobau Booo Booo
Aktiviti :
1.       Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “saya”
Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “suka”
Kumpulan 3 akan menyebut perkataan “susu”
Kumpulan 4 akan menyebut perkataan “lembu”
2.       Fasilitator akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap kumpulan akan menyebut perkataan tersebut mengikut pergerakan fasilitator secara rawak.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan.

4.       Hakim, Harimau & Pemburu
Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2.       Mereka akan melantik seorang ketua yang akan memberi arahan pergerakan yang kumpulan masing-masing pilih.
3.       Fasilitator akan memberi arahan untuk memulakan permainan ini.
4.       Pergerakan Hakim          : Silang tangan dan letak di dada sambil menyebut “yang arif”
5.       Pergerakan Harimau    : Mengaum sambil mencakar
6.       Pergerakan Pemburu   : Tembak kehadapan sambil mengacukan jari (seperti pistol)
Nilai / rasional aktiviti : Pentinganya strategi dan persefahaman dalam memimpin.

5.       Mambo, tanggo, cikuci, boom boom bo
Aktiviti :
1.       Pergerakan Mambo : Genggam dan buka genggaman
2.       Pergerakan Tanggo : Bukak dan tutup kepak
3.       Pergerakan Cikuci      : Gerakkan pinggang
4.       Pergerakan Boom Boom : Genggam dan buka genggaman
5.       Pergerakan Bo             : Lepas tangan / lapang tapak tangan ke hadapan
                Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

6.       Jambatan Goyang-Goyang
Aktiviti nyanyian :
“Jambatan goyang-goyang (2X)
Ku takut tenggelam (2X)
Lalu aku berenang (2X)
Habis basah bajuku (2X)
Lalu aku sidaikan (2X)
Ku pakai semula (2X)
Cantik tak? “
               
Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

7.       Cap klicap klicap cap cap
Aktiviti :
1.       Fasilitator akan membuat pergerakan contohnya cuit pipi tetapi pelajar perlu buat pergerakan lain selain dari cuit pipi.
2.       Tukar pergerakan lain sehinggalah pelajar peka dengan pergerakan.
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus

8.       Goreng Pisang
Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
2.       Aktiviti dimulakan dengan nanyian lagu “goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang, pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang” dan seterusnya disambung dengan perkataan lain yang sesuai menyambungkan perkataan “goreng” contohnya “pisang tanduk”.
Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin

Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Isnin, 2 September 2013

AKTIVITI ICE-BREAKING





Disini IKA nak share contoh Modul LDK yang ada dan biasa gunakan dalam program dan aktiviti..
Harap ianya dapat membantu =)
NOTA: Segala yang dikongsi adalah ihsan sumber internet , ihsan individu2 dan pengalaman2 yang ada.. semoga ianya bermanfaat..
TERIMA KASIH 
-------------------------------------------------------------------------------------------------

1.       Mukaddimah
Aktiviti :
i.                     Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
2.       Wisel
Aktiviti :
i.                     Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
ii.                    Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
iii.                  Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

3.       Ucapan Tahniah
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah
2.       Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

4.       Barang Amanah
Aktiviti :
i.                     Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
ii.                    Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

5.       Nyanyian Lagu Motivasi
Aktiviti :
i.                     Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
ii.                    Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan.
Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

6.       Salam Semut
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati).
ii.                    Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina).
iii.                  Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

7.       Senyum
Aktiviti :
i.                     Sebut perkataan “tempey”.
ii.                    Latihan senyum :
Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
                Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

8.       Kungfu Wacha (1,2,3,4)
Aktiviti :
                Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
                Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
                Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
                Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9.       Kelopak Jantung
Aktiviti :
1.       Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
2.       Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
3.       Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
4.       Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang.
Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10.    Tepuk energy
Aktiviti :
                Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
                Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
                Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11.    Gosok Tangan
Aktiviti :
1.       Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
2.       Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
Nilai / rasional aktiviti :  Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah

12.    Fokus
Aktiviti :
1.       Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
2.       Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi.
3.       Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13.    Pegang Dagu
Aktiviti :
1.       Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo”
2.       Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14.    Urutan
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
2.       Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar.

15.    Sentuhan Kasih
Aktiviti :
1.       Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina  (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat)
2.       Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
3.       Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16.    Pengelompokan mengikut kriteria
Aktiviti :
i.                     Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
a.       Sama jantina
b.       Sama  tahun lahir
c.        Sama bulan kelahiran
d.       Sama saiz kasut
e.       Sama warna baju / seluar dll.
ii.                    Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17.    Group in…
Aktiviti :
i.                     Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator.
ii.                    Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
iii.                  Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
iv.                  Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan.

18.    Kerusi Panas
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
ii.                    Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar  akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain.
iii.                  Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
iv.                  Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
 Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak.

19.    Bunyi paling menarik
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik.
ii.                    Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
iii.                  Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

20.    Pergerakan paling menarik
Aktiviti :
i.                     Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan.
ii.                    Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
iii.                  Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya.
iv.                  Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar.
Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara. 

21.    Uji Bakat
Aktiviti :
i.                     Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
ii.                    Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
a.       Ketua
b.       Penolong
c.        Setiausaha.
iii.                  Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik.
iv.                  Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
a.       Peserta yang paling comel
b.       Peserta yang paling bijak berbicara
c.        Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22.    Aktiviti Keretapi
Aktiviti :
i.                     Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-masing menngunakan ‘masking tape’.
ii.                    Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
iii.                  Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
iv.                  Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
v.                    Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
vi.                  Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-nilai yang diperolehi.
Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23.    Brainstorming
Aktiviti :
i.                     Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
ii.                    Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll.
iii.                  Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir.
iv.                  Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
v.                    Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll.
vi.                  Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll.
vii.                 Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
viii.               Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll.
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta  berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

24.    Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)
Aktiviti :
i.                     Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing.
ii.                    Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
iii.                  Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan.
Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.

25.    Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark
Aktiviti :
i.                     Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
ii.                    Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.


Terima Kasih Sudi Komen Dan Follow Sini

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...